Profil Blog

Pengenalan 

Assalammualaikum , Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia . Blog E-BBM SMKR ini merupakan salah satu blog yang menyertai PERTANDINGAN MEMBINA LAMAN BLOG & BBM ONLINE PERINGKAT SEKOLAH -SEKOLAH MENENGAH NEGERI MELAKA TAHUN 2015 anjuran Perpustakaan Sekolah - Sekolah Negeri Melaka (PUSTAKAM).


Blog E-BBM SMKR

Blog ini menyediakan maklumat tentang taksonomi bloom, KBAT dan i-Think untuk kegunaan para guru dan murid. Selain itu, terdapat nota matapelajaran sejarah, biologi, fizik dan pendidikan Islam yang ringkas , tepat , padat dan mudah difahami disediakan . Semua nota di dalam blog ini adalah hasil kerja blogger kecuali yang telah dinyatakan sumbernya . Segala nota yang disediakan adalah berkonsepkan Program I-think dan KBAT. 

Profil Blogger 

Blog E-BBM SMKR terdiri daripada 4 orang murid SMK Rahmat
( 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan )

                                

Biodata :
Ahli Pertama 
Nama : Syed Nor Izzam Bin Syed Najamuddin
Tarikh Lahir : 19 April 1999
Tempat Kelahiran : Selangor 
Hobi : Membaca 
Cita - cita : Saintis

Ahli Kedua 
Nama : Muhammad Hafizuddin Bin Norizan 
Tarikh Lahir : 30 Oktober 1999
Tempat Kelahiran : Melaka 
Hobi : Melayari Internet 
Cita - cita : Juruteknik Komputer

Ahli Ketiga
Nama : Suefika Anis Binti Baharuddin
Tarikh lahir : 16 Mei 1999
Tempat Lahir : Kuala Lumpur 
Hobi : Membaca 
Cita - cita : Doktor

Ahli Keempat
Nama : Aishah Binti Khalid
Tarikh Lahir : 28 Ogos 1999
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Hobi : Melayari Internet , Bersiar - siar.
Cita - Cita : Juruterbang



Guru Pembimbing :


Nama : Puan Salmah Binti Mad Ali
Tarikh Lahir : 30 Januari 1968 

PROFIL SEKOLAH


    Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat (SMKR) telah ditubuhkan pada tahun 1967. Pada detik ini bermulalah lembaran baru bagi anak-anak di Mukim Kuala Sungai Baru dan persekitarannya untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. Sebelum ini mereka terpaksa berulang-alik ke pekan Masjid Tanah atau ke Bandar Melaka untuk mendapatkan kemudahan pendidikan. Mereka yang tidak berkemampuan dari segi material sudah pastilah tidak dapat meneruskan pelajaran pada tahap yang lebih tinggi. Kemunculan sekolah ini seumpama obor yang bakal menerangi minda dan mencanai pembangunan dunia keintelektualan masyarakat Kuala Sungai Baru.

   Pada peringkat awalnya, sekolah ini telah bernaung di bawah pentadbiran Sekolah Menengah Rendah 26 Masjid Tanah atau lebih dikenali pada ketika itu dengan nama Sekolah Menengah Masjid Tanah( Sekarang dikenali sebagai SMK Sultan Alauddin). Sekolah ini bermula dengan jumlah murid seramai dua ratus satu orang. Tenaga pengajarnya pula seramai enam orang. Pada peringkat awalnya, murid-muridnya telah ditumpangkan di SRJK ( C ) Yok Sin dan SK Othman Syawal yang terletak di Pekan Kuala Sungai Baru selama dua tahun setengah. Oleh sebab tiada kemudahan bilik darjah, murid-muridnya terpaksa belajar pada sesi petang. Bilangan bilik darjah yang digunakan pada ketika itu, sebanyak lima buah, iaitu tiga buah bagi tingkatan satu dan dua buah bagi tingkatan peralihan. Bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran Sains Rumah Tangga dan Seni Perusahaan, terpaksa berulang-alik setiap dua minggu sekali di Sekolah Menengah Rendah 26 Masjid Tanah untuk mengikuti latihan amali.

   Pada peringkat awal ini juga, pentadbirannya telah dikendalikan oleh pentadbir Sekolah Menengah Rendah 26 Masjid Tanah. Seorang Penyelia telah dilantik untuk menguruskan pentadbirannya, iaitu Encik Baba bin Jais. Setiap dua minggu sekali, seorang pelayan pejabat akan datang menguruskan hal surat-menyurat dan pentadbiran.

   Pada bulan Jun 1969, semua warga sekolah ini telah berpindah ke bangunan tetapnya di satu kawasan seluas tujuh belas ekar di Kampung Keramat Leban yang terletak kira-kira dua kilometer dari pekan Kuala Sungai Baru. Pentadbiran sekolah ini telah dipisahkan daripada Sekolah Menengah Rendah 26 Masjid Tanah. Nama sekolah ini telah ditukarkan dengan nama Sekolah Menengah Rahmat, sempena nama penghulu pertama di mukim Kuala Sungai Baru yang bernama Penghulu Rahmat atas cadangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Rahmat. Encik Baba bin Jais telah dilantik sebagai pengetua yang pertama pada 1968, dengan dibantu oleh Encik Mohamad bin Jais sebagai penolong kanan. Pada tanggal 7 Mei 1976, Sekolah Menengah Rahmat telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. Penduduk di sini juga menganggap sekolah ini membawa seribu rahmat kepada mereka, kerana inilah satu-satunya sekolah menengah bantuan kerajaan yang terdapat di DUN Kuala Linggi.

   P.I.B.G sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1970 dan pengerusi. Pertamanya ialah Encik Othman bin Shawal. Beliau merupakan tokoh terpenting di sebalik penubuhan sekolah ini. Beliau ialah aktivis Kesatuan Melayu Muda dan Kesatuan Guru-guru Melayu Melaka. Pengalaman beliau sebagai pendidik serta kesedaran yang tinggi mengenai masyarakat luar bandar telah mendorong beliau memperjuangkan penubuhan sekolah peringkat menengah di daerah ini.Encik Othman bin Shawal merupakan salah seorang tenaga yang berusaha mendapatkan kemudahan ‘basikal percuma’ untuk hampir 200 orang murid-murid Sekolah Menengah Rendah 26 Masjid Tanah. Pemberian basikal ini merupakan hadiah yang amat berharga bagi murid-murid yang menghadapi masalah pengangkutan. Pemberian basikal ini adalah atas tajaan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar di mana Encik Ghafar Baba selaku menterinya ketika itu.



Aktiviti




No comments:

Post a Comment